Saturday, July 10, 2010

Sotong Paul versus Burung Mani:yang mana satu ni?




Kecoh dalam buletin utama tv3 kelmarin pasal dua makhluk tuhan yang dianggap sebagai Ahli Nujum FIFA tahun ni,jom berkenalan dengan diaekor(pasal bukan orang tapi binatang ,haha)

Ahli Nujum Pertama:Paul the Oracle Octopus


tengok si Octopus atau encik sotong ni dia ramal dgn panjat atas balang yang ade bendera tu,tengok dia pilih SPAIN!





Menurut laporan media, Paul dah 6 kali buat tilikan yang tepat.Paling genting result German kalah dgn Spain tu ar yang ramai tak boley terima (termasuklah saya :D ) Si Paul yang comel nih from the Sea Life Aquarium in Oberhausen, akan chooses his winners ahead of matches by plucking a mussel from one of two boxes with each country's flag on. korang boley tengok video dia kat sini: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/worldcup2010/3047603/Paul-the-Octopus-predicts-Spain-to-win-World-Cup.html#ixzz0tHEtuSrE


cian peminat fanatik German..sampai terpaksa wat cenggini ,huhuhu

Ahli Nujum Kedua: Burung Mani






Memperkenalkan Mani dari Singapore!!! Mani nie adelah makhluk Tuhan y berspesiskan Burung Kakak tue.Beliau currently bermastautin kat Singapore.dengar2 Mani nie dah wat ramalan utk sume game kat world cup dan menrut Tuan Mani sume tilikan Mani tepat!!! kire ag power dari Paul la nie..Paul slalu predict match German jew..Mani sume..cume Mani x sefemes Paul la..bukan rezki ko la Mani..hahaha.

dan menambahkan kepanasan bahang final World Cup nie..si Mani nie wat tilikan..dan beliau cakap..y menang adelah Belanda!

Apa macam?musti ngkorang finin n konpius dengan dua ekor binatag yang ramalan nya tak sama kan...huhuhu..
Tapikan heranla dalam zaman yang serba canggih ni, ada manusia yang 'berakal' masih percayakan ramalan binatang yang tidak berakal. Kalaupun tilikan yang dibuat oleh binatang ini tepat.....sebenarnya ia hanya kebetulan sahaja.

Bola itu bulat.... pasukan mana yang berlatih dengan gigih dan bermain dengan kemahiran dan semangat juang yang tinggi.... insyaAllah mereka pasti menang. Kita tengoklah nanti perang antara 'Paul' dengan 'Mani'.

Yang pasti saya rindu lagu nak nyanyi lagu Ramalanku Benar Belaka - Umbrella (Lagu Jaman sekolah)

Tuesday, July 6, 2010

3 pelajar rompak rumah guru SMK SPAOH,pelajar semakin biadap.


Dua remaja mengaku upah RM30 pecah masuk kediaman direman

KUCHING: Tiga pelajar sekolah menengah di Betong, termasuk seorang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diupah RM30 untuk memecah masuk rumah dua guru mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu, tiga pelajar terbabit diupah dua remaja untuk merompak dua guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh mengakibatkan kerugian lebih RM5,000 selepas rumah sewa mereka di Kampung Bungin dipecah masuk dan suspek melarikan wang tunai, telefon bimbit serta barang kemas. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu melancarkan operasi mengesan kumpulan perompak terbabit sebelum terserempak dua remaja berusia 18 tahun yang membawa sejumlah besar gam. Katanya, mereka dibawa ke Balai Polis Betong selepas pemeriksaan menjumpai beberapa telefon bimbit serta wang tunai RM600 yang disyaki dicuri dari kediaman guru berkenaan dalam poket suspek.





"Dua remaja berkenaan kemudian mengaku mengupah tiga pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 17 bagi memecah rumah guru sekolah di sekitar Betong.

"Tiga pelajar sekolah menengah berkenaan kemudian ditahan kira-kira jam 5 petang Jumaat dengan semua mereka disyaki terbabit dengan sekurang-kurangnya dua kes pecah rumah guru dalam tempoh dua bulan ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Kumpulan perompak remaja sama juga dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah seorang guru di Kampung Spaoh, pertengahan Jun lalu, yang membabitkan kerugian lebih RM2,000 kepada seorang guru lelaki berusia 47 tahun.
Difahamkan, tiga pelajar berkenaan memang mengenali dua remaja yang menjadi dalang kerana mereka tinggal sekampung selain remaja itu adalah senior mereka di sekolah yang sama sebelum ini.

Bukhori berkata, polis akan memanggil dua guru wanita berkenaan bagi mengesahkan telefon bimbit serta barang kemas yang ditemui pada suspek adalah milik mereka.

"Semua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) dengan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah dan mencuri," katanya.