Tuesday, February 4, 2014

KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ::

Moga Allah memberkati usaha pengarang dan empunya blog berikut :http://wafiqulya.blogspot.com/2014/02/kemusnahan-tanah-suci-mekah-yang.html

Artikel di bawah adalah dari sumber blog beliau ,jazakumullahu khoiron kosiro
POSTED BY CIKGU MAT ON MONDAY, FEBRUARY 03, 2014
Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?! 

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!


Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Friday, January 17, 2014

Tips mengasingkan anak tidur dari bilik ibu bapa

Memisahkan anak-anak tidur di bilik sendiri bukanlah perkara yang mudah, tetapi jika betul cara dan kaedahnya, Insya Allah urusan yang bisa memeningkan kepala ini akan berjaya ibu bapa laksanakan. Jika anda buntu, jom kita cuba tips-tips dibawah dari sumber http://finurislam.blogspot.com/2011/12/tips-mengasingkan-anak-tidur-dari-bilik.html. Moga membantu dan bermanfaat!


Sepakat

Ibu dan bapa mestilah sepakat di dalam hal ini, setiap orang mesti menyampaikan mesej yang sama dengan kerap setiap hari. Berbual dengan anak tentang perkara ini setiap pagi selepas mandi, ketika makan, ketika pergi bersiar-siar, di dalam kereta, sebelum tidurkan anak-anak dan bila-bila sahaja yang dirasakan sesuai.
Ibu bapa boleh katakan kepada anak-anak :

“Seminggu lagi adik dah 3 tahun, adik dah besar, cantik dan berani, jadi adik kena tidur di bilik sendiri tau…”

“Mulai minggu depan, adik tidur di bilik adik tau, bilik ayah dan ibu ni bukan lagi bilik adik, nanti kita hiaskan bilik adik cantik-cantik ok? Adik nak cadar warna apa ye?”

Bila dia melakukan sesuatu secara berdikari seperti makan sendiri, katakan kepadanya:

“Wah! Nampaknya anak ibu dan ayah ni dah besar la… kalau adik tidur bilik sendiri lagi bagus! Bilik ibu dan ayah tak seronok, dah la tak cantik,  tak ada mainan pula tu..  katil pun sempit kalau tidur tiga orang, malam ni adik tidur di bilik adik ye?”

Pendek kata, banyakkan ayat-ayat provokasi dan menanamkan keyakinan bahawa dia sudah cukup besar dan bersedia untuk tidur di biliknya sendiri.

Jangan sesekali salah seorang dari ibu atau bapa yang berkata dihadapan anak yang terlibat seperti : “Eh tak mengapalah dia tidur dengan kita, bukankah dia masih kecil?” Kata-kata ini akan menjadi modal untuk anak-anak untuk terus tidur barsama ibu bapa dan usaha untuk memisahkan anak dari tempat tidur ibu bapa akan menjadi sedikit sukar.

Hiaskan bilik tidur

Jadikan bilik tidur anak satu tempat yang sangat istimewa untuk si kecil. Pilihlah cadar mengikut warna kesukaannya, dan hiasan-hiasan yang sepatutnya mengikut kemampuan ibu bapa.

Boleh juga diletakkan permainan yang bersesuaian, tetapi ELAKKAN daripada meletakkan televisyen kerana ia akan menyebabkan kita sukar untuk mengawal aktiviti menonton televisyen anak-anak. Dibimbangi anak-anak akan menonton televisyen sehingga larut malam sedangkan kita sudah lena dibuai mimpi.

Pada pendapat saya, tidak perlu kepada hiasan yang mahal-mahal, cukup sekadar apa yang anak suka seperti ada teddy bear atau anak patung yang digemari. Di dalam hal ini, banyakkan berbual dengan anak apa yang dia suka dan cuba hias bilik anak bersama-sama.

Jika ingin membeli keperluan bilik tidur, ajaklah anak bersama untuk memilihnya, jadi ia akan menjadi ayat penguat kepada ibu bapa untuk memujuk mereka tidur di atas katil atau cadar yang dipilihnya. Mungkin boleh dilekatkan juga bintang dan bulan yang bercahaya di dalam gelap di bilik anak-anak. Jadi anak-anak akan rasa biliknya lebih hebat dari bilik ibu dan ayah. Pendek kata, gunakan kreativiti anda sebagai ibu bapa.

Membiasakan diri anak tidur di biliknya

Bila kita dapati anak mengantuk, terus bawa dia masuk ke biliknya. Jangan tidurkan anak di bilik ibu bapa kemudian baru diangkat ke bilik mereka. Ini akan melambatkan proses untuk dia merasa selesa untuk melelapkan mata di bilik mereka sendiri. Tidak kira siang atau malam, biasakan mereka tidur di bilik mereka sendiri.

Jika mereka menolak untuk masuk ke bilik mereka, gunakan taktik seperti memancing mereka dengan permainan dan sebagainya. Jika mereka tidak mahu juga, ibu bapa masuk sahaja ke bilik anak dan baringkan diri di atas katil mereka.

Jangan sesekali masuk ke bilik ibu bapa kerana rengekan atau tangisan anak, jika mereka menangis buat tak tahu sahaja. Bila mereka masuk ke bilik mereka, peluklah mereka dan ajak mereka tidur bersama di atas katil mereka yang selesa itu.

Apa yang penting, ibu bapa perlulah tegas dalam hal ini, jangan mengalah jika anak memujuk atau menangis tidak mahu tidur di bilik mereka. Ingatlah, mereka sedang menguji ketahanan diri anda!

Temankan anak-anak tidur

Aktiviti ini sangat membantu membina keyakinan anak-anak untuk tidur di bilik sendiri. Sebelum tidur, berbuallah  dengan mereka tentang hari yang dilaluinya. Bacakan buku cerita, atau ceritakan kepada mereka cerita yang menarik, jangan pula bercerita cerita seram kepada anak-anak.

Sebaik-baiknya ceritakan kisah nabi atau kisah-kisah teladan. Mungkin juga ibu bapa boleh menceritakan cerita rekaan kepada mereka. Sebagai contoh kisah kucing yang berani tidur di bilik sendiri, kemudian kaitkan dengan diri mereka. Di dalam hal ini, ibu bapa mestilah kreatif! Walaupun cerita kita tu macam tak logik, tetapi anak-anak suka apa jua cerita yang dikisahkan oleh ibu bapa mereka.

Bacakan juga bersama mereka doa sebelum tidur dan surah-surah pendek seperti Al-Fatihah dan tiga Qul. Katakan kepadanya, walaupun ibu dan ayah tidak tidur bersama mereka, tetapi Allah dan malaikat ada untuk menjaga mereka.

Temankanlah  mereka sehingga mereka terlelap. Setelah mereka terlelap, kucuplah dahi mereka dan katakan kepada mereka sekali lagi bahawa Allah dan Malaikat sentiasa menjaga mereka.

Jika anak menangis di tengah malam, apa perlu dilakukan

Pada hari-hari awal memisahkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa, saya pasti kebiasaannya anak-anak akan menangis di tengah malam kerana rasa takut. Anak-anak mungkin akan mengetuk bilik tidur kita. Jika ini berlaku, bawa anak semula ke bilik mereka dan tidurkan mereka semula di atas katil mereka. Jangan ajak mereka tidur bersama ibu bapa pula!

Jika setelah seminggu dan anak-anak masih lagi menangis malam, apabila ibu atau bapa mendengar anak menangis, biarkan sahaja mereka menangis dalam masa sepuluh minit, jika tidak berhenti menangis juga dalam masa itu, barulah ibu atau bapa pergi menjenguk mereka (panjangkan masa menunggu ini dari masa ke masa).

Ibu bapa tidak perlu terus pergi kepada anak-anak kerana perbuatan begitu akan mengajar anak bahawa jika menangis, ibu atau ayah akan datang kepada mereka.

Insya Allah jika ibu bapa konsisten, dalam masa seminggu atau dua, anak-anak tidak lagi menangis apabila tersedar di tengah malam. Mereka akan berputus asa untuk menangis lagi kerana ia tidak akan mendapat perhatian dari ibu bapa.

Di dalam soal ini, ibu bapa mestilah kuatkan hati, demi kebaikan anak-anak kadang-kadang ibu bapa perlu menunjukkan ketegasan mereka.

Fahamkan mereka kenapa dan kenapa

Jika anak sudah berumur 4 tahun ke atas, nyatakan sebab-sebab anak-anak tidak boleh lagi tidur sebilik dengan ibu bapa. Antara sebabnya ialah:

  • Bilik ibu dan ayah adalah bilik peribadi ibu dan ayah, jadi ibu dan ayah ada aurat yang perlu dijaga.
  • Ajaran agama menyuruh anak-anak meminta izin daripada ibu bapa jika ingin memasuki bilik tidur ibu bapa pada masa-masa tertentu seperti selepas subuh, sewaktu tengahhari dan selepas isyak. Jadi jika anak-anak masih tidur sebilik dengan ibu bapa adalah sangat sukar untuk kita mengajar anak-anak untuk meminta izin kerana mereka akan merasakan bahawa bilik ibu bapa adalah bilik dia juga.
  •  Anak sudah meningkat usia, jadi tidak manis jika masih tidur sebilik



Berilah pujian dan penghargaan

Berilah pujian atau penghargaan sekiranya anak berjaya tidur sendiri. Jangan tunggu lama, tetapi sebaik sahaja dia bangkit dari tidur atau ketika ibu atau ayah mengejutkan anak di pagi hari, peluklah dan ucapkan tahniah atas keberaniannya malam tadi. Katakan juga kepada anak bahawa anda sangat bangga dengan keberaniannya itu.

Pujilah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang amat membanggakan anda.  Puji berulang kali, dan berikan galakan untuk dia tidur di biliknya lagi malam nanti.

Ibu bapa juga boleh memberi hadiah jika anak berjaya tidur di bilik mereka  dalam beberapa malam contohnya selama seminggu.  Ini akan menaikkan semangat mereka untuk terus tidur di bilik sendiri. Berilah pujian dan pernghargaan yang dirasakan sesuai dengan anak anda.

******

Cadangan-cadangan di atas Insya Allah akan berkesan jika ibu bapa konsisten melaksanakannya. Namun begitu, ia tidak sama jangka waktu antara anak-anak. Mungkin ada yang hanya mengambil masa seminggu, mungkin juga mengambil masa berbulan-bulan, apa yang penting ialah ibu bapa mestilah meletakkan peraturan di dalam rumahtangga dan anak-anak perlu mematuhinya.

Gunakanlah seluruh kebijaksanaan kita di dalam mendidik anak-anak dan mengasingkan anak-anak dari tempat tidur ibu bapa merupakan salah satu dari pendidikan seks di dalam Islam. Kita perlu memandang perkara ini sebagai satu perkara yang penting. (Untuk mengetahui dengan lanjut berkenaannya, nantikan artikel akan datang, Insya Allah)

Mudah-mudahan ibu bapa berjaya dan mohonlah kepada Allah agar dimudahkan dalam urusan ini. MOGA BERJAYA!

Wallahua’lam

Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa?



Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
gambar dari medjournalwatch.blogspot.com


Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks. 

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan,  pembuangan anak,  seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58 
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu

I.        Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II.        Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III.        Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan  pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.

Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.

“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.

“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.

“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.

“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak…  Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”

Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”

“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.

“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi

“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.

“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.”  Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.

Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati. 

Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”

Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu  beristighfar panjang.

“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi

“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.

Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.

Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur,  kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.

Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia. 

Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.

Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya

Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.

Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam


Thursday, January 9, 2014

Tazkirah Istimewa Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Akhir Pencetu...

Sebak..sedih..ada rasa penyesalan..andai kita berada di tempatnya..Allah sahaja yang tahu betapa beliau seorang yang tabah dalam perjalanan dakwahnya terutama kepada keluarganya sendiri.

 Bagi kawan2 yang tidak berkesempatan menonton Minbar Pencetus Ummah akhir malam tadi, marilah sama sama menghayati tazkirah yg disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Ridhuan Tee.

 Antara bibit bibit kata Ustaz tatkala saya dan suami tidakdpt menhan airmata tatkala Ustaz menceritakan tentang saat saat kematian ibunya yang masih belum Islam.."mak, ucaplah lailaha illallah.............. tapi saya tak dengar ucapan itu..."

 dan Ustaz menyambung lagi kata-katanya.... "Bagi saudara yang ada anak seagama, tak ada pemisah antara anak dan ibu. Amalan saudara sampai kepada mereka, sampai bila-bila. Ambillah kesempatan ini sementara peluang masih ada........tapi bagi saya hanya mampu mendoakan sahaja semoga Allah kurangkan azab pada ibu saya kerana dia memiliki anak yang baik dan memeluk agama Allah" Dr Ridhuan Tee Abdullah

 Kisah beliau persis Kisah Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W ketika saat kematian bapa saudaranya Abu Talib.Namun hanya Allah sahaja yang tahu keislaman Abu Talib atau tidak sebagaimana Firman Allah selepas Rasulullah berusaha meminta Abu Talib menyebut kalimah shahadah:

 Dan Allah s.w.t menurunkan ayat 56 Surah Al Qasas berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w :

 { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }

 (Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam) 

 Panjatkanlah setinggi kesyukuran kepada Allah kerana fitrah kita dilahirkan sebagai Islam .. dan janji Allah syurga itu pasti kepada Muslim yang beriman dan tidak putus memperbaiki amalan ibadah sepanjang hayatnya..
Moga Allah memberi hidayah kepada sahabat sahabat baikku untuk memeluk agama Islam..amiin Ya Robbi Yassir Wala Tuassir..

Wallahu A'lam