Thursday, December 26, 2013

Terkini hukum ASB dan ASN 2013

sumber rujukan maklumat yg saya kongsikan ini adalah dari www.zaharudin.net.Moga ianya bermanfaat dan jelas membantu kita memilih pelaburan yg patuh syariah.wallahu alam.

Hari ini saya talah menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi  ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia.

Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit. Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik.

Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.  Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist  dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini  Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat. 
(sila rujuk gambar d bawah)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.
1) Perbincangan Hukum ASB
2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZARSejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.Sekian, Zaharuddin Abd Rahman

rujukan dari:www.zaharuddin.net

Monday, November 4, 2013

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

sahabat..saya kongsikan di sini DOA AKHIR TAHUN 1434h dan DOA AWAL TAHUN 1435 h
moga lembaran tahun baru ini membawa seribu kebaikan dari tahun sebelumnya..

a)doa akhir tahun-baca menjelang sebelum masuk waktu maghrib
b)doa awal tahun-masuknya waktu maghrib





Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.


sahabat..suka di sini saya mengingatkan bahawa ini bukanlah sunnah Rasulullah.
Tetapi ini adalah satu cara kita sbg umat Islam dalam mendekati Allah s.w.t yakni dgn berdoa dan berharap kebaikan daripadaNya.

doa adalah senjata mukmin.
SELAMAT TAHUN BARU 1435H


Thursday, October 31, 2013

7 ways to protect your Children from Shaytaan



1. Ibn Abbas (RA) said: The Prophet (SAW) used to seek refuge with Allah for Hasan and Husayn, and he said: “Your father (Ibraheem) used to seek refuge with (these words) for Ismaa‘eel and Ishaaq: 
A‘oodhu bi kalimaat Illaahi’t-taammah min kulli shaytaanin wa haammah wa min kulli ‘aynin laammah.”

(I seek refuge in the perfect words of Allaah from every devil and every vermin, and from every bad eye) 

[Al-Bukhaari 3371, Tirmidhi2060, Abu Dawood 4737] 

2. Recite al-Mu‘awwidhatayn (the last two surahs of the Qur’an) over them, recite them into your hands and blow in them, then wipe them over whatever of their body one can reach. 

It was narrated that Abu Sa‘eed al-Khudri (RA) said: The Messenger of Allah (SAW) used to seek refuge with Allah from the jinn and people’s eyes (i.e., the evil eye) until the Mu‘aawidhatayn were revealed, then when they were revealed he began to recite them for protection and stopped reciting anything else. [Tirmidhi, 2058] 

It was narrated that ‘Aa’ishah (may Allah be pleased with her) said: When the Messenger of Allah (blessings and peace of Allah be upon him) went to his bed, he would blow into his hands after reciting Qul Huwa Allaahu Ahad (Soorat al-Ikhlaas) and the Mu‘aawidhatayn, then he would wipe his face and whatever he could reach of his body with his hands. ‘Aa’ishah said: And when he fell sick, he would tell me to do that for him. [Bukhari, 5748] 

The above hadith indicates that in the case of someone who is unable to recite like small child, someone else can recite the Mu‘aawidhatayn and blow (into their hands) and wipe over the body of the child. 

3. Keep young children indoors around the time maghrib is about to come in.
The Prophet (SAW) also said: “Cover your dishes, close your containers, shut your doors, and keep your children indoors at nightfall, for the Jinn are out and about and stalking.” [Bukhârî,3316] 

The Prophet (SAW) said: “When night falls, keep your children indoors, for the devils are out and about at this time. When an hour of the night goes by, you can let them go.” [Bukhârî,3280, 5623 and Muslim,2012] 

The meaning of “hour” in the above hadîth is explained by the following hadîth where the Prophet (SAW) says: “Do not send out your cattle or your children when the sun sets until the blackness of the night descends, for indeed the Satans are sent forth when the Sun sets until the blackness of the night descends.” [Muslim,2013]

>4. Teach them to fear Allah and rely in Allah from a young. Do not give them a taweez, even you claim it is only verses from the Quran as they may grow up associating that piece of paper with protection.
ummi  wish u ll be a good muslimah :)
5. Protect your home with Surah Al Baqarah and the Adhaan. 
It was narrated from Abu Hurayrah that the Messenger of Allaah (SAW) said: “Do not make your houses like graves, for the Shaytaan runs away from a house in which Surah al Baqarah is recited.” [Muslim, 780]

It was narrated that Suhayl ibn Abi Saalih said: “My father sent me to Bani Haarithah, and there was with me a slave of ours, or a companion of ours. Someone called out his name from a garden, and the one who was with me looked into the garden and did not see anything. I mentioned that to my father, and he said, ‘If I had known that this was going to happen to you, I would not have sent you. But if you hear a voice then make the call for prayer, for I heard Abu Hurayrah narrating that the Messenger of Allaah (SAW) said: “When the Shaytaan hears the call to prayer, he runs away fast.”’” [Muslim, 389]

6. Teach them to say Bismillah (in the name of Allah) before they eat.
Narrated Hudhayfah: When we attended a dinner with the Messenger of Allah (SAW) we did not lay our hands on the food until Allah's Messenger (SAW) had laid his hand and commenced eating (the food). Once we went with him to a dinner when a girl came rushing in as if someone had been pursuing her. She was about to lay her hand on the food, when Allah's Messenger (SAW) caught her hand. Then a desert Arab entered (in a hurry) as if someone had been pursuing him. He (the Holy Prophet) caught his hand; and then The Messenger (SAW) said: “Satan considers that food lawful on which Allah's name is not mentioned. He had brought this girl so that the food might be made lawful for him and I caught her hand. And he had brought a desert Arab so that (the food) might be lawful for him. So I caught his hand. By Him, in Whose hand is my life, it was (Satan's hand that was in my hand along with her hand.” [Muslim]

7. Teach them important dua’s at an early age, such as what to say before entering the toilet, what to say when leaving and entering the home etc. And how to read Ayatul Kursi.

Wednesday, October 16, 2013

Doa sempena Ulangtahun

Alhamdulillah syukur atas nikmat usia yg Engkau berikan..dan syukur atas ingatan dan doa dari keluarga dan sahabat..moga kalian berada didalam limpahan rahmatNya selalu..

nikmat usia yg Engkau berikan adalah medan untukku terus menegakkan syiar Islam..memerangi kemungkaran..terus merealisasi tujuan hidup sebagai seorang khalifatullah walau ujian dan musibah melanda..

sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar& Maha Mengasihani..dgn rasa hina ku pohon doa sempena ulangtahunku yg ke 32 ini..

Ya Allah,Kau ciptakan kami dari tiada, menjadi ada..
Kemudian Kau kembalikan kami kepada-Mu
Kehidupan kami bejalan dan berputarsesuai dengan kehendak-Mu 
 
Ya Allah,Hari ini tiba juga aku di usia ini
Hari di mana aku harus menjadi lebih bijaksana
Hari di mana aku harus menjadi lebih dekat dengan-Mu
Hari di mana aku harus bisa menjadi teladan bagi orang lain

Ya Allah,Panjangkanlah usiaku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat bagi orang lain
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih memandang hidupdengan penuh makna dalam kebesaran-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat membimbing keluargaku untuk dapat tunduk dan berbakti kepada-Mu
Panjangkanlah usiaku agar aku dapat lebih bersyukuratas nikmat dan rizqi yang Engkau anugerahkan kepadaku

Ya Allah,Jadikanlah aku menjadi hamba-Mu yang khusyu’ dan tawadhu’dalam menerimah hikmah dan berkah-Mu
Bertambah usia dalam hitungankuberkurang pula usiaku dalam hitungan-Mu

Ya Allah,Terima kasih Engkau telah mengangkatkumenjadi makhluk dengan derajat yang tinggi
Terima kasih engkau telah memberikan cahaya keimanan kepadakusehingga aku dapat lebih mengenal-Mu

Ya Allah,Aku percaya bahwa Engkau akan selalu berikan yang terbaikuntuk diriku, keluargaku, orang tuaku dansemua sahabat sejatiku, yang selalu peduli padaku
Hanya pada-Mu lah aku senantiasa mengabdi danHanya pada-Mu lah aku memohon pertolonganKabulkanlah do’a hamba-Mu ini Ya Allah..Amin..amin..amin.. Yaa Robbal ‘Alamin.. 

Friday, October 11, 2013

24 tips berjaya dunia akhirat

sebentar tadi daku ke central market..melihat pelbagai ragam manusia membuatku terfikir akan diri yg masih belum cukup sempurna..
sempurna yg sy maksudkan adalah kecemerlangan diri dalam menjadi hamba Allah.tanya sejenak diri..bolehkah saya? mampukah saya untuk BERJAYA di DUNIA AKHIRAT. .mereka memiliki apa yg ku impikan..Ya Allah..terasa kerdil diri ini.

hasrat itu ada..motivasi diri perlu seiring..maka saya titipkan di sini untuk diri dan sahabat tentang satu hadis Rasulullah S.A.W yang telah saya baca melalui kitab Sahih Al Bukhori  semasa belajar di UIAM dulu.moga ia jadi panduan untuk meneruskan jihad  utk berjaya  dunia akhirat

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda SAW telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki: 
1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

 2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kayaBaginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

 3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

 4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

 5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah 

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

 7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik ) Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

 8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat 

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa Baginda SAW menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa 

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya Baginda SAW menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya 

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat 

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku Baginda SAW menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

 13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia Baginda SAW menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah Baginda SAW menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

 16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya Baginda SAW menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya 

18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku Baginda SAW menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

 19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa? Baginda SAW menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

 21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah? Baginda SAW menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

 22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah? Baginda SAW menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

 23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ? Baginda SAW menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

 24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat? Baginda SAW menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah.

wallahu a'lam