Saturday, April 17, 2010

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri,Al Fatihah untuknya


Gambar di atas: Arwah Achik Spin bersaa isterinya

17/04/2010 8:51pm
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

5 comments:

  1. takziah buat keluarga arwah...innalillah~
    Al fatihah buat arwah achik spin..smoga rohnya dicucuri rahmat dn diletakkan dlm golongan org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat kuarge Arwah Achik Spin. Semoga arwah ditempatkan dlm golongan yg berimandan soleh.

    arwah x pernah lekang dgn seyuman dan bersifat sederhana dan peramah.

    Al-Fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  3. Semoga arwahnya di terima disisi Ilahi, diampunka segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya dan keluarga yang di tinggalkan tabah menerima kenyataan ini.... Kami sekeluarga turut berduka cita, kami yakin Allah menyayangimu Ahcik,, semoga kau bahagia di alam sana dan kami senua pasti akan menyusulmu, hanya menunggu waktu...

    ReplyDelete