Wednesday, April 7, 2010

Sampai hati mereka buat begini


KUALA LUMPUR: “Sampai hati mereka meragut kenangan yang ditinggalkan arwah kepada anak-anak. Pasti Allah akan membalas perbuatan dilakukan mereka,” kata balu Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man, 42, berhubung tindakan sekumpulan pencuri memecah masuk rumahnya, malam kelmarin.


DISAMUN...rumah Allahyarham Din Beramboi di Jalan Selasih Sari 8, Sungai Buaya, Rawang. Kejadian itu dianggap malang berganda bagi keluarga Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Meor Ahmad Fuad Meor Badri, 43, apabila tidak hanya kehilangan insan tersayang, malah rumah turut dipecah masuk ketika ketiadaan balu dan tiga anaknya.

Suhaini yang dihubungi Harian Metro semalam berkata, tindakan penjenayah terbabit tidak ubah seperti binatang kerana mengambil kesempatan daripada musibah menimpa keluarganya.


“Perbuatan mereka tidak berperikemanusiaan langsung, apatah lagi dalam keadaan saya sekeluarga masih bersedih dengan pemergian arwah suami.


“Walaupun bersedih, sokongan ahli keluarga sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya dan anak-anak meneruskan hidup selepas ini,” katanya sebak.

Dalam kejadian antara jam 10.30 malam kelmarin hingga awal pagi semalam, penjenayah memecah pintu belakang rumah teres keluarga mangsa di Sungai Buaya, Rawang, sebelum melarikan pelbagai barangan berharga bernilai lebih RM20,000.


Difahamkan, penjenayah mengambil kesempatan selepas menyedari isteri dan anak-anak pelawak terbabit yang meninggal dunia lima hari lalu tiada di rumah berikutan menginap sementara di rumah keluarga terdekatnya di Kepong






1 comment: