Monday, May 3, 2010

Kes Ugut Bunuh NIk Aziz

inilah bukti penangkapan terus dibuat ,tak baik tau kutuk kutuk Ulamak,ish ish ...



ni pulak fb dia tapi dah tutup dah profile dia lepas kene tangkap ,ish ish ...


Isnin Mei 3, 2010
Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Kes Ugut Bunuh Nik Aziz
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lepas, Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh 'Nik Aziz'.

Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - BERNAMA

3 comments:

  1. takotnyer nak komen sebarangan...
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam,
    kite ni ckp siang pandang2, ckp mlm tu dgr2 skit. g2 lah perumpamaan..nk komen, or status kt FB @ post kt blog tu kne lah brhati2 walaupun kite x suke dgn sstgah org tu. Kutuk2 pun x ble sbnarnye ape tah lg nk ugut bunuh. kn ke ramai yg bace profile/status n entri kite, d serata negara n dunia yg bace..

    So, be carefull pd siape2 tu pk dlu sblum nk kate ape2 kt tenet ni..Jdkan tauladan mcm si aduka taruna n si saiful ni

    ReplyDelete
  3. masuk si saiful ni dah ramai dah masuk jail pasal cakap tak berlapik dlm facebook,so mind your words ok!

    ReplyDelete