Tuesday, July 6, 2010

3 pelajar rompak rumah guru SMK SPAOH,pelajar semakin biadap.


Dua remaja mengaku upah RM30 pecah masuk kediaman direman

KUCHING: Tiga pelajar sekolah menengah di Betong, termasuk seorang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diupah RM30 untuk memecah masuk rumah dua guru mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu, tiga pelajar terbabit diupah dua remaja untuk merompak dua guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh mengakibatkan kerugian lebih RM5,000 selepas rumah sewa mereka di Kampung Bungin dipecah masuk dan suspek melarikan wang tunai, telefon bimbit serta barang kemas. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu melancarkan operasi mengesan kumpulan perompak terbabit sebelum terserempak dua remaja berusia 18 tahun yang membawa sejumlah besar gam. Katanya, mereka dibawa ke Balai Polis Betong selepas pemeriksaan menjumpai beberapa telefon bimbit serta wang tunai RM600 yang disyaki dicuri dari kediaman guru berkenaan dalam poket suspek.





"Dua remaja berkenaan kemudian mengaku mengupah tiga pelajar sekolah berusia antara 14 hingga 17 bagi memecah rumah guru sekolah di sekitar Betong.

"Tiga pelajar sekolah menengah berkenaan kemudian ditahan kira-kira jam 5 petang Jumaat dengan semua mereka disyaki terbabit dengan sekurang-kurangnya dua kes pecah rumah guru dalam tempoh dua bulan ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Kumpulan perompak remaja sama juga dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah seorang guru di Kampung Spaoh, pertengahan Jun lalu, yang membabitkan kerugian lebih RM2,000 kepada seorang guru lelaki berusia 47 tahun.
Difahamkan, tiga pelajar berkenaan memang mengenali dua remaja yang menjadi dalang kerana mereka tinggal sekampung selain remaja itu adalah senior mereka di sekolah yang sama sebelum ini.

Bukhori berkata, polis akan memanggil dua guru wanita berkenaan bagi mengesahkan telefon bimbit serta barang kemas yang ditemui pada suspek adalah milik mereka.

"Semua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) dengan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah dan mencuri," katanya.

3 comments:

  1. huh beraninya student kamuuu....
    jaga diri tau eja...

    ReplyDelete
  2. memang ampeh,umah saye pun ade orang pecah masuk mase cuti tu mi,tuhan saja yang membalasnya ..huh

    ReplyDelete
  3. Ada spa2 tau cne ckgu noorhafizah mat yusoof pndh???

    ReplyDelete