Ramadan (bahasa arab: رمضان Ramaḍān, pengucapan bahasa arab: [rɑmɑˈdˤɑːn]) (juga dikenali dengan sebutan Ramadhan, Ramadan, Ramazan) adalah bulan  kesembilan dari kalendar Islam, yang berlangsung 29 sehingga 30 hari. Ini  adalah bulan puasa umat Islam, di mana umat Islam menahan  diri dari makan dan minum sepanjang siang hari dan dimaksudkan untuk  mengajarkan umat Islam tentang kesabaran, kerendahan hati, dan ketundukan kepada Allah. 
Umat Islam berpuasa kerana Allah dan berdoa lebih  banyak dari biasanya. Dibandingkan dengan kalendar matahari, awal  Ramadhan bervariasi, bergerak ke belakang kira-kira sebelas hari setiap tahun, bergantung pada pergerakan bulan. Umat Islam percaya Ramadhan merupakan  bulan penuh berkah, juga bulan di mana ayat-ayat pertama dari Al-Qur'an  diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
 
Asal Ramadhan
 Kata Ramadhan berasal dari akar bahasa arab ر م ﺿ, seperti dalam kata-kata "ramiḍa" atau "ar-ramaḍ"  yang bererti panas yang membahang. Sebelum Islam, nama untuk bulan  Ramadhan adalah Natiq dan jatuh pada musim yang panas. Kata demikian  dipilih, baik kerana mewakili iklim asal pada bulan tersebut dan atau  juga kerana keadaan fisiologi yang dialami semasa berpuasa. 
Dalam Al  Qur'an, Allah berfirman bahawa "Hai orang-orang yang beriman,  diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat  sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)
Awal Ramadhan
 Hilal adalah proses menampakkan bulan dengan mata terbuka yang paling awal kelihatan menghadap bumi setelah bulan mengalami konjungsi (conjunction). Hilal  merupakan kriteria pengiraan awal bulan. Setelah nampak Hilal, umat  Islam biasanya dapat dengan yakin menentukan awal Ramadhan.
 Ada perbezaan pendapat mengenai hilal bulan Ramadhan setiap tahunnya.  Ini kerana penggunaan dua kaedah yang berbeza yakni melalui Rukyah  (melalui pandangan mata) dan Hisab (melalui perkiraan astronomi).



 
ReplyDeleteSex Story
best Sex Story
Sex and Love Story
Sex Story
Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy
Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)