Friday, July 12, 2013

Semakan status HALAL JAKIM secara online.

Untuk kepastian dan tidak mendatangkan rasa syubhah untuk pergi ke premis makanan pilihan saya dan keluarga ,saya akan merujuk kepada halal jakim directory terlebih dahulu .

Contohnya,bulan Mei lepas saya nak belanja adik saya dinner dan dia memilih premis makanan Seoul Garden di Paradigm Mall. Saya berasa syubhah untuk pergi dan saya buka Halal JAKIM directory terlebih dahulu .Keputusannya masih belum ada sijil means that JAKIM masih belum ke sana untuk memeriksa piawaian HALAL mereka.Tetapi seoul garden di One Utama sudah mendapat sijil Halal JAKIM :)

Jadi di sini saya kongsikan bersama anda semua.Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan memilih makanan halal yg akan menjadi darah daging kita. Wallahu A'lam

Semakan status HALAL online.
1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM
Semakan status HALAL SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.
Semuga perkongsian sedikit maklumat oleh membantu umat Islam Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.
Nota : Sangat digalakkan untuk copy paste, ReTWEET, Like FB dan Share FB untuk kemaslahatan Muslim di Malaysia :)

2 comments:

  1. salam, tumpang tanya, saya berhajat nak makan di seoul garden. tapi bila check portal halal jakim, hanya seoul garden di penang dan johor sahaja yang mendapat sijil halal. kalau boleh nak tahu betulkah seoul garden di one utama sudah mendapat sijil pengesahan halal dan bila? tQ for sharing :)

    ReplyDelete