Friday, September 27, 2013

Cara dan Doa Solat Sunat Dhuha


Nikmatilah wahai sahabatku ..sesungguhnya tiada muzik yang lebih indah melainkan zikir dan al Quran...




.

Berdasarkan pendengaran dan penetilian saya UNIC telah memperbetulkan bacaan doa mereka ini kerana ada kesalahan bacaan pada 0:48 saat (Mu'asiran sepatutnya dibaca Mu'asaran). Radio IKIM fm telah memperdengarkan alunan Doa Dhuha ini setiap pagi mengikut kepada doa yang telah diperbetulkan.


Tahukah kamu tentang Solat Dhuha?


Kita adalah hamba Allah S.W.T dan apa yang kita miliki pada hari ini adalah pinjaman semata-mata.Justeru,Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
psst...kalau buka facebook ,twitter,tengok tv,main futsal sampai 2 ke 3 jam..takkanSolat Dhuha seminit dua ni tak boleh buat kann? :)
Cik Gayah ,permata hati Empunya Blog
Untuk pengetahuan sahabat semua,Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah 2 rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha
a)Waktu matahari sedang naik. . Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
b)Waktu paling afdal: anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
c)Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
 Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah ini dianjurkan oleh Ulamak)

Surah As Syams

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha (surah ini dianjurkan oleh Ulamak)

Surah Ad Dhuha
c)Bacaan pilihan yang lain dianjurkan oleh Ulamak (selain dari Surah Assyams&Surah Ad Dhuha) adalah dengan membaca Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
Ayat Kursi

iii/  Bacaan pilihan yang lain dianjurkan oleh Ulamak (selain dari Surah Assyams&Surah Ad Dhuha) adalah Al-lail dan Al-Insyirah.

Surah Al Lail

Surah Al Insyirah

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa

.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

Silakan jika nak share pada sahabat yang lain ye :)

1 comment:

  1. Hi kausar..terima kasih kerana share ilmu yang yg sangat bagus ini..jika ada masa boleh singgah ke blog saya pula ^_^ www.takeurstep.blogspot.com

    ReplyDelete