Sebak..sedih..ada rasa penyesalan..andai kita berada di tempatnya..Allah sahaja yang tahu betapa beliau seorang yang tabah dalam perjalanan dakwahnya terutama kepada keluarganya sendiri.
Bagi kawan2 yang tidak berkesempatan menonton Minbar Pencetus Ummah akhir malam tadi, marilah sama sama menghayati tazkirah yg disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Ridhuan Tee.
Antara bibit bibit kata Ustaz tatkala saya dan suami tidakdpt menhan airmata tatkala Ustaz menceritakan tentang saat saat kematian ibunya yang masih belum Islam.."mak, ucaplah lailaha illallah.............. tapi saya tak dengar ucapan itu..."
dan Ustaz menyambung lagi kata-katanya....
"Bagi saudara yang ada anak seagama, tak ada pemisah antara anak dan ibu. Amalan saudara sampai kepada mereka, sampai bila-bila. Ambillah kesempatan ini sementara peluang masih ada........tapi bagi saya hanya mampu mendoakan sahaja semoga Allah kurangkan azab pada ibu saya kerana dia memiliki anak yang baik dan memeluk agama Allah"
Dr Ridhuan Tee Abdullah
Kisah beliau persis Kisah Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W ketika saat kematian bapa saudaranya Abu Talib.Namun hanya Allah sahaja yang tahu keislaman Abu Talib atau tidak sebagaimana Firman Allah selepas Rasulullah berusaha meminta Abu Talib menyebut kalimah shahadah:
Dan Allah s.w.t menurunkan ayat 56 Surah Al Qasas berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w :
{ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }
(Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)
Panjatkanlah setinggi kesyukuran kepada Allah kerana fitrah kita dilahirkan sebagai Islam ..
dan janji Allah syurga itu pasti kepada Muslim yang beriman dan tidak putus memperbaiki amalan ibadah sepanjang hayatnya..
Moga Allah memberi hidayah kepada sahabat sahabat baikku untuk memeluk agama Islam..amiin Ya Robbi Yassir Wala Tuassir..
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment