Sunday, May 16, 2010

Kebaikan Memakai Tudung dari Sudut Sains

Saya Pakai tudung,anda bagaimana?oklah nak sembang sikit tentang kewajipan orang Islam memakai tudung.Kenapa pakai tudung?Orang yang tak nampak tudung ni satu kewajipan telah memilih alasan-alasan ini :
a)kerana gaya,meniru artist2 dan terasa cantik bila tgk model majalah pakai tudung.
b)terpaksa memakai tudung kerana keluarga mereka semua memakai tudung.
c)memakai tudung hanya kerana sekolah mewajibkan memakai tudung.
d)couple/pakwe/makwe/gerek/boypren/bakalsuami/suruh pakai tudung..
e)ni khas untuk yg ada restoran:pakai tudung sebab takut rambut masuk dalam masakan
ada lagi alasan?meh tambah lagi?




Jadi,Perbaikilah niat anda. Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains.

Kebaikan pertama:
Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'.

Kebaikan Kedua:
V.G. Rocine, seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dalam www.islamonline.net/english/Science.

Dalam artikel lain pula iaitu Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online, dinyatakan, "sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas".

Kebaikan ketiga:
mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dengan pewarna rambut,menurut pakar sains ,pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.haaaa..xsehat la rambut kita kan..

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat.


Allah Taala berfirman, Maksudnya:
Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak aripadanya (iaitu wajah dan kedua-dua telapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara-daudara wanita mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita �(al-Nur : 31).

4 comments:

  1. membaca.
    memakai tudung sebenarnya mestilah ikhlas.
    kebaikkan yang cik tulis memang diakui. :)


    Terus ke sini  Kad 001

    ReplyDelete
  2. Syukur la ada info berguna cmnie..Hoho.. Thanks 4 da info about tudung..ehe

    ReplyDelete
  3. thx 4 the info.. anyway mula2 nak pakai tudung macam teragak2 tapi bila lecturer mula berbicara, tentang kematian dosa dan pahala, alhamdulillah...

    tq once again

    ReplyDelete