sebentar tadi daku ke central market..melihat pelbagai ragam manusia membuatku terfikir akan diri yg masih belum cukup sempurna..
sempurna yg sy maksudkan adalah kecemerlangan diri dalam menjadi hamba Allah.tanya sejenak diri..bolehkah saya? mampukah saya untuk BERJAYA di DUNIA AKHIRAT. .mereka memiliki apa yg ku impikan..Ya Allah..terasa kerdil diri ini.
hasrat itu ada..motivasi diri perlu seiring..maka saya titipkan di sini untuk diri dan sahabat tentang satu hadis Rasulullah S.A.W yang telah saya baca melalui kitab Sahih Al Bukhori semasa belajar di UIAM dulu.moga ia jadi panduan untuk meneruskan jihad utk berjaya dunia akhirat
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda SAW telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki:
1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kayaBaginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik ) Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa Baginda SAW menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya Baginda SAW menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku Baginda SAW menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu
13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia Baginda SAW menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah Baginda SAW menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya Baginda SAW menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka
17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku Baginda SAW menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa? Baginda SAW menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah? Baginda SAW menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )
22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah? Baginda SAW menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ? Baginda SAW menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang
24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat? Baginda SAW menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah.
wallahu a'lam
bagus sangat bermanfaat
ReplyDelete