Friday, May 21, 2010

Astaghfirullah..banyaknya Tanda-tanda kecil kiamat dah berlaku..adakah kita menyedarinya?

Di hari Jumaat yang berkat ini,saya nak berkongsi dengan musliminmuslimat tentang fenomena yang telah berlaku secara kuta sedar atau tidak dan ia sebenarnya merupakan Tanda-tanda kiamat :

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-tanda kecil kiamat.


1)Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
2)Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
3)Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
4)Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.








5)Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
6)Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
7)Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
8)Banyak berlaku gempa bumi.
9)Zaman sudah dekat mendekati.
10)Banyak fitnah memfitnah.
11)Banyak pembunuhan.
12)Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
13)Ramai orang bermegah dengan projek mega.



Bangunan Burj di Dubai yang paling tinggi didunia..


Gambar di atas ini menjelaskan lagi fakta dimana pemandangan yang diambil dari 'the top of The Burj' mampu menunjukkan yang bumi itu berbentuk bulat(sfera). Memang tinggi sungguh. Salah satu dari tanda-tanda kiamat, apabila manusia mula gila berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit

14)Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
15)Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
16)Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
17)Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
18)Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
19)Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
20)Ramai orang solihin meninggal dunia.
21)Anak melawan ibubapa.
22)Hujan di musim kemarau.

23)Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
24)Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
25)Setiap desa dikepalai orang munafik.
26)Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
27)Lahir ramai anak hasil perzinaan.
28)Banyak minuman keras.
29)Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
30)Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
31)Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
32)Para pembesar / penguasa melakukan zina.
33)Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
34)Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
35)Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
36)Orang alim sudah tidak disenangi.
37)Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
38)Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
39)Banyak kematian secara mendadak.
40)Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
41)Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
42)Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
43)Rasuah berleluasa.
44)Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
45)Ramai orang menjual-beli hukum.
46)Memandang ringan masalah perceraian.

Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini. Astaghfirullah....

5 comments:

  1. huh!!!
    insaflah wahai sekalian manusia..

    ReplyDelete
  2. Salam. sy terlintas di blog saudari.huhu.cuak plak bila baca..dah bnyk yg berlaku,semua peringatan drpd Tuhan.. :) . btw, takdepe sgt nk komen ,cume nk ckp gambar burj dubai tu, actually pakai fisheye lens. sebb tu nampak bentuk sfera effect. :) view sbnr just nampk sdikiitt je effect sfera. but its ok

    ReplyDelete
  3. info yang baik untuk renungan bersama...

    ReplyDelete
  4. faiz me n syahir :lesson learnt but always need muhasabah diri everyday,insyaallah..

    syahir : cha,terlintas kat blog ni musti x bace profile blog ni sape punye :D

    ReplyDelete