Senarai 10 Peserta Imam Muda yang terpilih
1. Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
2. Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
3. Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
4. Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
5. Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
6. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
7. Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
8. Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
9. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
10. Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Majoriti peserta yang datang mencuba nasib di empat buah zon sesi ujibakat di serata pelusuk negeri mempunyai bakat dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan sebagai calon Imam Muda.
Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai
Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini.
b)Kapsul pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang menyaksikan bagaimana kesemua calon-calon akanImam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda
Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman
Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Pengetua Imam Muda (dua dari kiri)bersama Mentor dan Hos Imam Muda
Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.